
PENGENALAN KEPADA MOTIVASI
MOTIVASI SATU KEMESTIAN ?
Saya mempunyai seorang kenalan, lepasan pelajar. Dia bercita-cita tinggi dan sentiasa menceritakan masa depannya bila sudah habis belajar nanti. Teman saya ini merancang mahu membuka kedai perniagaan kek. Saya Tanya dia kenapa tak ambil jurusan diploma kulinari sebab senang nak buka kedai kek kalau dah ada kemahiran dan ilmu berkaitan dengan perniagaan kek. Jawabnya, minat terhadap perniagaan kek ini timbul semasa dia berada di tahun akhir. Baik kita teruskan lagi dengan kisah teman saya itu. Untuk tujuan itu, dia telah berusaha menyimpan wang sedikit demi sedikit, membeli barang dan peralatan sedikit demi sedikit. Dia juga telah mengambil kursus kemahiran pembuatan kek dan mempelajari selok-belok perniagaa. Memandangkan semangatnya yang tinggi itu, saya percaya kegagalan baginya adalah mustahil.
Setelah kesemuanya lengkap, dia telah memulakan perniagaannya dengan membuka kedai kecil di depan rumahnya. Dia telahpun menampakkan kemajuan yang boleh dibanggakan dalam perniagaannya. Dia bekerja bersungguh dan mengunakan setiap saat untuk menumpukan perniagaannya. Dari seorang pekerja saja diambil ketika awal perniagaannya, kini dia mampu mengambil tiga orang pekerja di kedainya. Di tahun pertama, kedai teman saya itu sangat baik. Di tahun kedua, perkembangannya semakin menggalakkan. Oh ya ! teman saya itu bernama Ros. Orangnya cantik molek sedap dipandang mata. Kita sambung balik. Namun, masuk jer tahun ketiga, perniagaan keknya itu menghadapi kemerosotan. Punca utama, persaingan ! Berhampiran dengan kedainya, sebuah kek brand yang agak terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia telah dibina. Semua pelanggannya telah bertukar arah. Hampir kesemuanya pelanggannya lebih gemar ke kedai kek itu berbanding dengan kedainya. Akhirnya kedai teman saya itu terpaksa kerana ditutup kerana sudah tidak mampu untuk bayar gaji pekerja. Lagi teruk, teman saya terpaksa menanggung kerugian yang besar. Teman saya itu kerapkali bertanya pada diri sendiri, ‘mengapa boleh gagal?’. Dia sebenarnya telah menyalahanggapkan kejayaan awalnya adalah untuk selama-lamanya dan tidak bersedia untuk menghadapi kegagalan ! Di dalam waktu yang singkat ( dua tahun ), ia telah dapat menguasai perniagaanya dengan baik. Namun kesilapanya terletak di sini, di mana ia menganggap yang matlamatnya hidupnya telah tercapai. Selepas kejayaan awal itu, dia tidak lagi terdorong untuk bekerja kuat lagi. Dia merasakan tidak perlu lagi mempunyai kesungguhan seperti itu kerana menyangka apa yang diingini telah tercapai. Dia terus berputus asa !
Saya yakin anda mungkin pernah melihat atau mengalami keadaan sedemikian. Andainya seseorang diminta untuk memberikan sebab-sebab kenapa terjadinya keadaan tersebut, tentu banyak sebab-sebab yang akan diberikannya. Diantaranya mungkin kerana tidak semua daripada mereka itu benar-benar berusaha, atau kerana kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pencapaian yang betul. Mungkin juga kerana mereka tidak berjaya itu terdiri daripada merekayang tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan mengenai peluang yang diberikan. Semua jawapan-jawapan yang diberikan itu ada kebenarannya. Tetapi masih ada faktor yang paling penting yang mana masih ramai daripada kita yang tidak menyedarinya. Faktor yang saya maksudkan itu ialah ketiadaan motivasi diri dalam kalangan mereka yang gagal. ya motivasi ! Mereka yang gagal walaupun telah diberikan peluang yang sama untuk berjaya adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai dorongan dari dalam diri mereka sendiri. orang-orang yang gagal ialah orang-orang yang tidak mempunyai motivasi diri. Inilah sebabnya mereka begitu sukar atau takut untuk menentukan matlamat yang nyata., gagal dakam membuat sesuatu perancangan untuk bertindak dan masih terlalu banyak dipengaruhi oleh perkara-perkara negative. Mereka juga jarang sekali mahu mempercayai dan sering memperkecilkan kebolehan serta potensi diri sendiri
